Kehamilan
adalah masa yang paling sesuai untuk anda mula menjaga diri anda dengan baik
dari kedua-dua segi iaitu dari segi fizikal dan juga emosi. Anda boleh meningkatkan
peluang anda untuk menikmati kehamilan yang sihat tanpa mengalami masalah dan memperolehi
bayi yang sihat jika anda mengikuti beberapa langkah yang mudah.
1. Penjagaan Kesihatan
Peringkat Awal Kehamilan/Prenatal
- Penjagaan prenatal membolehkan anda mengawasi kesihatan anda, mengawasi perkembangan dan tumbesaran bayi anda, serta dapat mengesan sebarang masalah/komplikasi dengan lebih awal.
2. Mengamalkan Diet Yang
Sihat dan Seimbang Lengkap Dengan Nutrisi Yang Diperlukan
- Semasa hamil, digalakan untuk mengamalkan cara pemakanan mengikut piramid makanan kerana diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi diperlukan untuk tubuh ibu serta menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi. Pengambilan nutrisi yang tidak lengkap meningkatkan risiko komplikasi semasa hamil, semasa bersalin dan selepas bersalin. Ibu hamil yang kekurangan nutrisi juga boleh menyebabkan bayi mengalami pelbagai masalah kesihatan.
- Kehamilan
menyebabkan keperluan sesetengah vitamin dan mineral meningkat terutamanya zat
besi, asid folik, vitamin D, kalsium, magnesium dan sebagainya. Kesibukan
harian dan cara penyediaan makanan sering menyebabkan ibu hamil gagal
mendapatkan ke semua nutrisi penting dalam kuantiti yang secukupnya. Jadi, ibu
hamil disarankan untuk mengambil vitamin prenatal agar ruang-ruang kosng itu
dapat diisi dengan sempurna.
- Hamil
tidak bermakna anda tidak boleh bersenam dengan syarat elakkan senaman lasak
yang boleh membahayakan anda dan kandungan anda. Senaman juga baik untuk
mempersiapkan otot-otot anda untuk proses bersalin yang memenatkan.
- Ibu
hamil sememangnya akan cepat penat dan letih. Keletihan yang dirasakan pada
trimester pertama dan ketiga sebenarnya adalah cara badan memberitahu anda
supaya ‘jangan terlalu aktif’. Berehatlah dengan secukupnya dengan apa cara
sekalipun yang sesuai dengan keperluan anda dan ia juga boleh mengelakkan anda
daripada stress.
- Pengambilan
kafein (teh, kopi, minuman bergas) yang berlebihan boleh menyumbang kepada
risiko mendapat bayi yang mempunyai berat badan lahir rendah, meningkatkan
risiko keguguran, menyebabkan sakit kepala dan sakit ulu hati serta menghalang
badan anda dari menyerap vitamin dan mineral yang diperlukan.
- Banyak penyelidikan yang telah dijalankan menunjukkan merokok boleh meningkatkan risiko bayi yang kecil semasa lahir, bayi pramatang, keguguran, dan sebagainya. Wanita yang minum alkohol semasa hamil berisiko lebih tinggi untuk melahirkan bayi dengan gangguan spektrum alhokol janin (Fetal Alcohol Syndrome), yang menyebabkan masalah kecacatan kelahiran yang lebih serius.
8. Pemeriksaan Gigi Berkala
- Ketika hamil, gusi mudah membengkak, menjadi sensitif, berdarah dan mendapat jangkitan berpunca daripada perubahan hormon yang menyebabkan bertambahnya pengaliran darah di dalam badan. Jangkitan pada gusi boleh menyebabkan komplikasi termasuk kelahiran pramatang dan bayi lahir kurang berat badan. Jadi, dapatkanlah pemeriksaan gigi secara berkala.
9. Penjagaan Emosi
- Perubahan emosi adalah perkara biasa yang dialami oleh wanita hamil. Ia disebabkan oleh perubahan hormon di dalam tubuh. Emosi yang sihat dan stabil boleh mengelakkan stress dan tekanan perasaan yang boleh menyebabkan komplikasi kehamilan seperti keguguran. Jadi, ceria-ceriakanlah hari mu bersama-sama dengan orang yang terSAYANG....
No comments:
Post a Comment