Tuesday, 30 October 2012

Anak Anda 'Picky Eater'? Kurang Berat Badan? Sering Sakit?


Sebahagian besar orang tua khususnya para ibu mungkin mengalami saat-saat sulit di mana anak mereka tidak mahu makan, seorang yang 'Picky Eater', selalu kena demam, selsema, batuk dan sebagainya. Mereka hanya memilih makanan tertentu je seperti makanan ringan. Bila tiba masa makan je, mesti si anak akan menutup mulut atau lari bila makanan tu berisi nasi dan sayur. Tentu saja hal ini cukup merisaukan ibu kerana anak mereka tidak mendapat zat dan nutrisi yang cukup untuk tumbesarannya. 

Bagi ibu-ibu yang menghantar anak mereka ke taska atau nurseri, kebarangkalian anak untuk sering demam, selsema dan batuk memang tinggi sebab di sana, mereka mudah berjangkit dengan rakan-rakan yang lain. Mesti ibu-ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka kan..

Jadi, hari ini saya mahu kongsikan satu lagi produk kegemaran ramai iaitu MEALSHAKE. InsyaAllah, dengan mealshake anak anda lebih berselera makannya dan tidak mudah jatuh sakit. InsyaAllah.. :)


Apa Kelebihan Mealshake?
  • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh untuk membesar, kuat dan sihat
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fiber dan protein
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik
  • Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran anak

Jika anda nak tahu, bukan kanak-kanak je yang menggemari mealshake ni. Tetapi sesiapa yang mengambilnya pasti akan tergoda dan jatuh cinta dengan mealshake ini..



Siapa yang sesuai ambil Mealshake?
  • Kanak-kanak yang kurang selera makan, sering sembelit, kurang aktif dan sering sakit
  • Kanak-kanak yang mengalami obesiti
  • Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan dan melancarkan penyusuan
  • Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
  • Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
  • Warga tua yang mahu kekal aktif

Selain itu, Mealshake Shaklee boleh digunakan untuk menggantikan minuman berkafein.


Apa Khasiat Mealshake?
  • Meningkatkan sistem imun badan anak dan anak tidak mudah dijangkiti penyakit. Penyakit juga akan cepat sembuh
  • Meningkatkan selera makan anak
  • Membantu mengurangkan masalah ekzema anak mahupun orang dewasa
  • Kulit tidak mudah lekat parut. Jika berparut, insyaAllah akan cepat hilang
  • Membantu mengatasi masalah sembelit anak
  • Membantu mencantikkan tekstur kulit
  • Menjadikan anak lebih sihat, bertenaga dan aktif sepanjang hari
  • Mengatasi alahan mengandung dan membuka selera makan ibu hamil
  • Bagi ibu menyusu yang nak kuruskan badan, mealshake bertindak sebagai protein shake memberi rasa kenyang dan mengawal nafsu makan
  • Bagi ibu menyusu, mealshake juga membantu melancarkan penyusuan dan susu lebih pekat


Anda masih ragu-ragu? Jom lihat testimoni mereka yang telah mencuba Mealshake :

Testimoni 1:


















Testimoni 2:














Testimoni 3:












Testimoni 4:














Adakah anda masih tercari-cari supplement yang boleh diamalkan buat seisi keluarga? Jadi apa yang anda tunggu lagi. MEALSHAKE adalah jawapannya.. :) Mealshake sama seperti produk-produk Shaklee yang lain da kesannya memang amat diyakini. Mealshake boleh diambil dari peringkat usia 1 tahun hinggalah ke warga tua. Jadi mealshake adalah supplement yang sangat sesuai buat anda seisi keluarga.. :)

Kos? Hanya RM114 untuk 1-2 bulan bergantung kepada cara penggunaannya. 

Berminat?? Jangan lupa hubungi saya untuk harga diskaun ya !


Sekiranya anda berminat dengan sebarang product di Shaklee, anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan info lanjut di 019-3902737 (call/sms) atau add FB saya Fadiah Zuki atau like page saya di FB http://www.facebook.com/dyashaklee. Pastikan anda membeli dari saya atau mana-mana pengedar sah Shaklee bagi mendapatkan panduan makan yang berkesan. KONSULTASI PERCUMA SELEPAS PEMBELIAN HANYA UNTUK CUSTOMER DAISYMOMMYBIZ


* Testimoni ini adalah pengalaman pengguna sendiri. Kesan adalah berbeza kepada setiap individu. Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Sila consult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

Thursday, 11 October 2012

Langkah-Langkah Ke Arah Kehamilan Yang Sihat


Kehamilan adalah masa yang paling sesuai untuk anda mula menjaga diri anda dengan baik dari kedua-dua segi iaitu dari segi fizikal dan juga emosi. Anda boleh meningkatkan peluang anda untuk menikmati kehamilan yang sihat tanpa mengalami masalah dan memperolehi bayi yang sihat jika anda mengikuti beberapa langkah yang mudah.


1. Penjagaan Kesihatan Peringkat Awal Kehamilan/Prenatal
  • Penjagaan prenatal membolehkan anda mengawasi kesihatan anda, mengawasi perkembangan dan tumbesaran bayi anda, serta dapat mengesan sebarang masalah/komplikasi dengan lebih awal.


2. Mengamalkan Diet Yang Sihat dan Seimbang Lengkap Dengan Nutrisi Yang Diperlukan
  • Semasa hamil, digalakan untuk mengamalkan cara pemakanan mengikut piramid makanan kerana diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi diperlukan untuk tubuh ibu serta menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi. Pengambilan nutrisi yang tidak lengkap meningkatkan risiko komplikasi semasa hamil, semasa bersalin dan selepas bersalin. Ibu hamil yang kekurangan nutrisi juga boleh menyebabkan bayi mengalami pelbagai masalah kesihatan.




3. Ambil Vitamin Prenatal
  • Kehamilan menyebabkan keperluan sesetengah vitamin dan mineral meningkat terutamanya zat besi, asid folik, vitamin D, kalsium, magnesium dan sebagainya. Kesibukan harian dan cara penyediaan makanan sering menyebabkan ibu hamil gagal mendapatkan ke semua nutrisi penting dalam kuantiti yang secukupnya. Jadi, ibu hamil disarankan untuk mengambil vitamin prenatal agar ruang-ruang kosng itu dapat diisi dengan sempurna.





4. Selalu lakukan Senaman
  • Hamil tidak bermakna anda tidak boleh bersenam dengan syarat elakkan senaman lasak yang boleh membahayakan anda dan kandungan anda. Senaman juga baik untuk mempersiapkan otot-otot anda untuk proses bersalin yang memenatkan.





5. Dapatkan Rehat Secukupnya
  • Ibu hamil sememangnya akan cepat penat dan letih. Keletihan yang dirasakan pada trimester pertama dan ketiga sebenarnya adalah cara badan memberitahu anda supaya ‘jangan terlalu aktif’. Berehatlah dengan secukupnya dengan apa cara sekalipun yang sesuai dengan keperluan anda dan ia juga boleh mengelakkan anda daripada stress.





6. Kurangkan Pengambilan Kafein
  • Pengambilan kafein (teh, kopi, minuman bergas) yang berlebihan boleh menyumbang kepada risiko mendapat bayi yang mempunyai berat badan lahir rendah, meningkatkan risiko keguguran, menyebabkan sakit kepala dan sakit ulu hati serta menghalang badan anda dari menyerap vitamin dan mineral yang diperlukan.





7. Jangan merokok atau meminum alkohol
  • Banyak penyelidikan yang telah dijalankan menunjukkan merokok boleh meningkatkan risiko bayi yang kecil semasa lahir, bayi pramatang, keguguran, dan sebagainya. Wanita yang minum alkohol semasa hamil berisiko lebih tinggi untuk melahirkan bayi dengan gangguan spektrum alhokol janin (Fetal Alcohol Syndrome), yang menyebabkan masalah kecacatan kelahiran yang lebih serius.


8. Pemeriksaan Gigi Berkala

  • Ketika hamil, gusi mudah membengkak, menjadi sensitif, berdarah dan mendapat jangkitan berpunca daripada perubahan hormon yang menyebabkan bertambahnya pengaliran darah di dalam badan. Jangkitan pada gusi boleh menyebabkan komplikasi termasuk kelahiran pramatang dan bayi lahir kurang berat badan. Jadi, dapatkanlah pemeriksaan gigi secara berkala.


9. Penjagaan Emosi
  • Perubahan emosi adalah perkara biasa yang dialami oleh wanita hamil. Ia disebabkan oleh perubahan hormon di dalam tubuh. Emosi yang sihat dan stabil boleh mengelakkan stress dan tekanan perasaan yang boleh menyebabkan komplikasi kehamilan seperti keguguran. Jadi, ceria-ceriakanlah hari mu bersama-sama dengan orang yang terSAYANG....





Wednesday, 10 October 2012

ESP Terbaik Untuk Dalaman dan Luaran Anda..!!!


ESP memang HEBAT!! Itu je yang mampu saya katakan. Ramai yang telah berpuas hati dengan ESP dan berulang kali membeli produk ini. ESP adalah di antara HOT PRODUK dari SHAKLEE kerana ia sesuai untuk semua peringkat umur dan juga mempunyai pelbagai kelebihan dan khasiat tersendiri. Ibu-ibu yang menyusukan bayi juga mengamalkan ESP ini untuk melancarkan proses penyusuan disamping dapat menaikkan seri wajah, tubuh badan yang sihat dan cergas sepanjang masa. ESP juga dapat memberikan tenaga sehingga berjam jam lamanya.

ESP juga dapat membantu mencantikkan dan memelihara kulit. Ramai juga di antara customer-customer saya yang belum berkahwin berulang-ulang membeli dan mengamalkan ESP dan Vitamin E untuk kecantikkan kulit mereka. Memang inilah kelebihan supplement Shaklee. 100% semulajadi dan mudah diserap oleh badan untuk memberi kesan yang maksimum. Kenapa ESP?


Kenapa ESP Menjadi Pilihan Ramai Dan Menjadi HOT PRODUK Kami?

  • Menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri
  • Memberi tenaga menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih
  • Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu lebih cepat dan banyak
  • Membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim menjadikan bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
  • Membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum
  • Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur
  • Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan
  • Bantu hilangkan parut jerawat di muka
  • Untuk yang mengalami masalah kesuburan, ESP bantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat

ESP memang banyak kebaikan dan fungsinya. Sesiapa sahaja boleh mengamalkan ESP dalam kehidupan seharian baik lelaki mahupun perempuantua atau mudasudah berkahwin atau belum berkahwinibu menyusu atau tidak menyusu. Pendek kata, ESP memang sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur dalam membekalkan tenaga untuk aktiviti harian.


Masih ragu-ragu? Lihat sendiri testimoni mereka yang telah mencuba ESP:


Testimoni 1:




Testimoni 2:












Testimoni 3:

















Testimoni 4:



























Memang betul ESP bukan sahaja bertindak sebagai milk-booster untuk membantu melancarkan penyusuan dan menambahkan susu badan, malah ESP juga mencantikkan kulit, menghilangkan parut jerawat, menaikkan seri wajah dan membuatkan badan lebih bertenaga. Dengan pelbagai keistimewaan, anda pasti berpuas hati dengan kesannya. Pendek kata, ESP merupakan asas kepada pengambilan supplement kerana protein di dalamnya berfungsi dalam pembentukan sel-sel baru dalam tubuh kita menggantikan sel-sel yang mati atau rosak. Apabila sel-sel kita sihat, insyaAllah segala nutrien yang baik akan dapat diserap dengan berkesan.

BONUSnya kulit gebu, cantik berseri & lebih anjal daripada biasa!!

Sesiapa yang belum mencuba ESP ini, cuba-cubalah!! Anda pasti jatuh hati pada ESP ini..!!


Sekiranya anda berminat dengan sebarang product di Shaklee, anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan info lanjut di 019-3902737 (call/sms) atau add FB saya Fadiah Zuki atau like page saya di FB http://www.facebook.com/dyashaklee. Pastikan anda membeli dari saya atau mana-mana pengedar sah Shaklee bagi mendapatkan panduan makan yang berkesan. KONSULTASI PERCUMA SELEPAS PEMBELIAN HANYA UNTUK CUSTOMER DAISYMOMMYBIZ


* Testimoni ini adalah pengalaman pengguna sendiri. Kesan adalah berbeza kepada setiap individu. Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Sila consult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

Tuesday, 9 October 2012

Kitaran Haid Tidak Teratur dan Merunsingkan Anda? Apakah Cara Untuk Mengatasinya?


Biasanya bagi wanita yang sudah baligh, kitaran haid biasanya berlaku sekali dalam sebulan. Namun, ramai sebenarnya wanita yang mengalami kitaran haid tidak teratur dan sering menganggap masalah ini sebagai perkara biasa dan tidak diberi perhatian serius. Masalah ini tidak boleh dipandang ringan kerana ini adalah petanda penting ketidakseimbangan hormon di dalam badan. Jika dibiar berlarutan, ia boleh menyebabkan masalah kesuburan dan membawa kepada kesukaran untuk menimang cahaya mata kelak.

                                 
Apakah FAKTOR kitaran haid tidak teratur?

  • Hormon tidak seimbang
  • Stress/Tekanan mental dan emosi
  • Perubahan berat badan/berat badan tidak ideal
  • Pengambilan ubat-ubatan tertentu
  • Kekurangan nutrisi penting



Jadi, apakah cara untuk mengatasinya? Jawapannya adalah GLA COMPLEX SHAKLEE!!

Untuk yang mengenali apa itu EPO (Evening Primrose Oil), GLA Complex adalah EPO Shaklee. GLA Complex Shaklee adalah yang terbaik di pasaran berbanding produk EPO yang lain kerana selain mengandungi Asid Linoleik Gamma yang memelihara kesihatan kitaran haid wanita, GLA Complex juga mengandungi minyak Borage, Vitamin E dan minyak benih bunga matahari.


Apa kata mereka yang telah mengamalkan GLA Complex Shaklee:
























Antara kelebihan GLA Complex Shaklee:
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan simptom PMS
  • Membantu mengatasi masalah menopause
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit cantik, sihat dan berseri
  • Membantu menangani eczema
  • Membantu melegakan simptom arthritis rheumatoid
  • Menguatkan sistem imun badan
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood clot yang mengakibatkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Membantu fungsi saraf

Bagi point 2, membantu meningkatkan kesuburan, GLA Complex mengawal keseimbangan hormon dan membantu membentuk persekitaran rahim yang sihat untuk persenyawaan. Malah pengambilan GLA Complex dan ESP secara konsisten akan meningkatkan kesuburan wanita dan peluang untuk hamil sangat tinggi.


Sekiranya anda berminat dengan sebarang product di Shaklee, anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan info lanjut di 019-3902737 (call/sms) atau add FB saya Fadiah Zuki atau like page saya di FB http://www.facebook.com/dyashaklee. Pastikan anda membeli dari saya atau mana-mana pengedar sah Shaklee bagi mendapatkan panduan makan yang berkesan. KONSULTASI PERCUMA SELEPAS PEMBELIAN HANYA UNTUK CUSTOMER DAISYMOMMYBIZ



* Testimoni ini adalah pengalaman pengguna sendiri. Kesan adalah berbeza kepada setiap individu. Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Sila consult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

Wednesday, 3 October 2012

Tips & Teknik Lekapan @ Latching Bayi Yang Betul Khas Buat Ibu Baru


Hai Bakal-Bakal Ibu Di Luar Sana....:)

Hari ini saya mahu kongsikan kepada bakal-bakal ibu semua termasuk saya sendiri yang bakal bergelar ibu tidak lama lagi tentang teknik lekapan bayi yang betul..:) Fuhh..!! rasa nerveous pula sebab saya tiada pengalaman untuk menyusukan bayi. Hehehe.. So, untuk mengurangkan rasa nervous ni, jom sama-sama kita belajar teknik ini agar bila bayi kita sudah lahir nanti, kita sudah tahu cara yang betul dan tidak kekok untuk menyusukan bayi kita buat pertama kalinya..:) 

Posisi lekapan ataupun latch on adalah salah satu perkara yang sangat penting untuk diketahui oleh setiap ibu yang menyusukan bayi terutama sekali bagi yang baru pertama kalinya bergelar ibu dan semasa diawal minggu kelahiran. Antara sebab-sebab mengapa teknik lekapan ini sangat penting ialah :-

1. Supaya bayi mendapat susu foremilk dan hindmilk, susu awal dan akhir
  • Untuk mendapatkan susu, bayi perlu melekap dengan betul dan sempurna pada payudara ibu. Jika tidak, bayi tidak akan mendapat susu dan ibu juga akan berasa sakit ketika proses penyusuan sedang berlaku. Sekiranya itu berlaku, bermakna ibu ada masalah latch on dan ibu digalakkan belajar daripada jururawat atau doktor yang pro-breastfeeding ataupun berjumpa dengan mana-mana kaunselor laktasi.
2. Untuk mengelakkan ibu daripada mengalami payudara melecet atau luka, payudara sakit dan bengkak susu kerana susu tidak dikeluarkan dengan betul
  • Apabila ibu berasa sakit semasa menyusukan bayi, itu bermakna cara pelekapan ibu tidak betul. Ini kerana bayi anda hanya menghisap puting dan tidak areolanya. Kebanyakan ibu membuat kesilapan dengan hanya memberikan bayinya puting sahaja. Ini boleh membuatkan payudara ibu luka, melecet atau berdarah. Selain itu, ibu juga boleh mengalami bengkak susu kerana susu tidak dikeluarkan dengan betul. Ini terjadi jika kedudukan bayi anda tidak betul dan bayi jarang diberi susu ibu, payudara ibu akan jadi padat dengan susu. Payudara ibu akan mula terasa bengkak, keras, berat dan sakit. Ini mungkin berlaku terutamanya pada minggu pertama selepas bersalin.
3. Membantu meransang pengeluaran susu ibu dengan lancar
  • Sekiranya bayi melekap dengan betul, bayi akan mendapat susu dengan sempurna dan ibu juga tidak akan mengalami kesakitan. Payudara ibu juga dapat dikosongkan dan dan boleh merangsang kepada penghasilan susu yang lebih banyak. Pastikan juga bayi menghisap lama di sesuatu belah buah dada untuk merangsangkan pengeluaran susu sebelum menukarkannya k esebelah lagi. Ibu juga harus menyusukan bayi kedua-dua belah buah dada. 
4. Untuk mengelakkan ibu dan bayi berasa letih dan frust serta ibu akan mendapat rehat cukup
  • Apabila ibu mengetahui cara pelekapan yang betul, si comel anda pasti berasa kenyang. bayi yang kenyang dan mendapat susu ibu yang cukup tidak mudah meragam dan membantu bayi anda berasa lebih tenang dan gembira. Ibu juga akan mendapat rehat yang cukup bila si comel anda tidak meragam. Paling penting sekali, emosi ibu dapat dirasai oleh bayi. Rasa tenang, gembira dan yakin mampu melancarkan penghasilan susu yang lebih 'lumayan'.

Teknik Lekapan Ibu Dan Bayi Yang Betul

Berikut adalah tips-tips dan teknik mengajar bayi yang baru lahir untuk memulakan penyusuan susu ibu dengan betul :-


1. Pastikan ibu dan bayi berada dalam kedudukan dan posisi yang selesa. Kemudian letakkan bantal di belakang ibu sekiranya perlu. Ibu juga boleh meletakkan batal di atas peha supaya kedudukan bayi berada di tahap yang sama dengan payudara ibu.

2. Pastikan bayi anda dalam keadaan yang aktif dan tidak mengantuk. Sekiranya bayi anda meragam ataupun menangis, tenangkan bayi terlebih dahulu.

3. Bayi dapat melekap dengan selesa seandainya badan bayi berada di posisi yang betul. Pastikan anda menyokong keseluruhan badan (belakang) bayi. Mengiringkan badan bayi anda menghadap ibu dan muka bayi menghadap payudara ibu.

4. Mulakan pelekapan :-

i-  Bawa bayi anda kepada payudara anda tetapi bukan payudara kepada bayi. Jangan bongkokkan badan anda dan anda seharusnya berada dalam keadaan yang tenang dan relax.

ii-  Sentuh mulut bayi dengan puting atau jari agar bayi mula membuka mulut. Tunggu sehingga bayi membuka mulut seluas mungkin.

iii- Masukkan puting dan gerakkan badan bayi rapat ke arah payudara.

iv- Pastikan mulut bayi merangkum sebahagian besar aerola payudara. Aerola adalah kawansan gelap di sekeliling puting ibu. Sekiranya breast kecil selalunya aerola pun kecil, jadi mungkin keseluruhan aerola akan masuk ke dalam mulut bayi.


v- Pastikan bayi lekap / latching payudara anda dengan betul dan ampu payudara anda dengan menggunakan tangan anda.

vi- Pelekapan yang betul akan menyebabkan bibir bayi anda menjadi seperti 'mulut ikan'. Di payudara anda, bibir atas dan bawah akan 'melentik keluar'. Puting anda juga sepatutnya menyentuh lelangit lembut dan bukannya lelangit keras bayi.


vii- Sekiranya pelekapan tidak betul dan sempurna, lepaskan semula bayi daripada payudara dengan memasukkan jari kelingking ke dalam mulut bayi. Ulang semula proses lekapan sehingga bayi lekap dengan cara yang betul. Pelekapan yang tidak betul akan menyebabkan puting anda melecet selepas 1-2 kali penyusuan.


viii- Pelekapan yang sempurna akan menjadikan dagu bayi akan menyentuh payudara ibu. Pipi bayi akan bulat dan anda boleh melihat bayi anda menggerakkan keseluruhan rahangnya. Anda akan rasa bayi menghisap payudara anda dan mendengar sedikit bunyi bayi anda menyusu. Hidung bayi anda juga mungkin akan tertutup sedikit dengan payudara anda. Jangan risau, pastikan ada sedikit ruang untuk bayi anda bernafas (sebelah lubang hidung pun sudah memadai). Seandainya bayi anda kelihatan agak struggle, kemaskan posisi kedudukan bayi anda.


Seandainya anda ibu baru atau mommy to be, dan mengalami kesukaran untuk mendapatkan pelekapan yang betul, jangan stress atau bersedih. Bertenang dan tarik nafas dalam-dalam. Bukan anda seorang sahaja yang mengalami 'kesusahan' ini. Masih ramai lagi ibu-ibu di luar sana yang mengalami masalah yang sama. Bagi saya breastfeeding ini memerlukan skills dan untuk mendapatkan skills itu kita boleh belajar dan mencuba. Practices Make Perfect..!!! Kuncinya adalah cuba... cuba... dan terus mencuba...:) InsyaAllah... Kita akan berjaya. Seandainya perlu, berjumpalah dengan mana-mana kaunselor laktasi dan pakar laktasi yang berdekatan dengan anda.. 

SELAMAT MENCUBA..!!!!


Sekiranya anda berminat dengan sebarang product di Shaklee, anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan info lanjut di 019-3902737 (call/sms) atau add FB saya Fadiah Zuki atau like page saya di FB http://www.facebook.com/dyashaklee. Pastikan anda membeli dari saya atau mana-mana pengedar sah Shaklee bagi mendapatkan panduan makan yang berkesan.